Kangen Water

3 Ciri-ciri Keistimewaan Air Kangen:

Kangen Water mempunyai tiga ciri-ciri yang dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Tiga ciri-ciri ini adalah Anti-oksidan yang tinggi, Saiz molekul air yang kecil, dan Beralkali.


1) Anti Oksidan




Oksidasi merupakan interaksi antara molekul oksigen dan bahan-bahan pelbagai. Dalam tubuh manusia, pengoksidaan mendorong kepada proses penuaan, menyebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Kangen Water mempunyai anti-oksidan yang kuat yang membantu badan menentang radikal bebas yang merosakkan. Untuk mendapat gambaran mengenai apakah pengoksidaan dan anti-pengoksidaan, sila lihat gambar di atas, menunjukkan sebiji epal bertukar warna perang selepas dipotong dan terdedah kepada udara. Bayangkan apa yang akan berlaku pada tubuh kita jika berlaku oksidasi.




Ini adalah gambar Encik Hironari Oshiro, CEO kepada syarikat Enagic, bersama penasihat Amerika beliau. Walaupun kedua-dua lelaki ini kelihatan seperti umur yang berbeza, biasanya pertengahan 40-an bagi Encik Oshiro dan lewat 60-an untuk penasihat Amerika, mereka sebenarnya mempunyai umur yang sama. Kedua-duanya berumur 67tahun pada tahun 2008. Kami percaya bahawa sebab Encik Oshiro kelihatan begitu baik adalah kerana dia telah minum Kangen Water ini lebih dari 20tahun.
Oksidasi tidak boleh dihentikan, tetapi beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa proses oksidasi boleh diperlahankan dengan anti-oksidan. Anti-oksidan dalam cecair boleh diukur dengan menggunakan meter ORP. Nilai positif atau +ORP adalah tidak sihat untuk anda dan membantu mempercepatkan pecahan sel-sel dan dengan itu mempercepatkan proses penuaan manakala nilai negative atau –ORP adalah sangat baik untuk kesihatan dan benar-benar akan melambatkan proses penuaan. Lebih tinggi bacaan negatifnya (-ORP) bermakna ia mempunyai anti-oksidan yang sangat kuat dimana lebih berkesan untuk pengurangan stress oksidatif dari badan anda, dan mengurangkan risiko kanser dan permulaan penyakit lain.


2) Saiz Molekul Air yang kecil





Lebih kecil air anda atau kurang berkelompok molekul air minuman anda, maka badan akan anda lebih mudah menyerap air itu dan lebih terhidrat. Kelompok mikro merupakan satu lagi keistimewaan Kangen Water yang hebat. Apabila air paip melalui plat platinum bersalut titanium, air akan dipecahkan daripada saiz 15-20 kelompok molekul kepada 5-6 kelompok molekul, menyebabkan badan anda terhidrat melebihi 6 kali lebih daripada air yang biasa. Oleh kerana kelompok molekul ini lebih kecil, air akan dapat diserap dan menghidrat semua bahagian-bahagian badan dengan lebih berkesan daripada air biasa. Anda boleh merasa perbezaannya pada segelas air yang pertama anda. Kelompok kecil ini juga bermakna badan anda lebih mudah menyerap mineral dalam air ini ke dalam sel-sel  anda dalam beberapa saat sahaja.

3) Alkali



Ciri-ciri yang ketiga adalah Kangen Water bersifat sangat alkali. Ramai di antara kita mengamalkan cara hidup yang berasid. Melalui makan makanan berasid, minum air berkabonat dan lain-lain. Gaya hidup tidak sihat ini menukarkan badan kita kepada keadaan yang berasid, dimana kita amat mudah untuk terdedah kepada penyakit.

Keseimbangan pH yang baik bertindak meneutralkan keadaan tubuh kita dan sangat penting untuk keseluruhan kesihatan tubuh kita. Air alkali diwujudkan untuk meneutralkan keasidan. Menurut ramai pakar kesihatan dan pakar nutritionist, mereka percaya bahawa tubuh badan yang berasid boleh merosakkan organ-organ dalaman dan menghalang proses mental. Tahap pH badan kita hendaklah berada pada sedikit alkali ataupun pada pH 7.4 untuk memiliki kesihatan yang optimum dan terhindar dari penyakit-penyakit yang merbahaya.

Mesin Kangen Water bukan sahaja menghasilkan air minum yang baik untuk kesihatan, ia juga dapat menghasilkan 5 jenis air yang lain mengikut perbezaan pH dan berbeza kegunaannya.



Strong Kangen Water | pH 11.5

Strong Kangen digunakan untuk membersihkan kotoran. Ia boleh mencuci buah-buahan, sayur-sayuran, pinggan mangkuk, minyak dan kotoran-kotoran yang lain. Tidak perlu menggunakan sabun untuk mencuci pinggan atau kotoran degil. Jadi ini akan lebih menjimatkan bil air dan sabun.

This water is not for drinking.
Sila Klik Untuk Keterangan Lanjut

Kangen Water | pH 8.5 - 9.5

Mempunyai 3jenis pH yang berbeza tetapi digunakan untuk perkara yang sama. Ia digunakan untuk diminum supaya dapat mengimbangkan pH dalam tubuh badan. Rasanya ringan dan sedap. Ia juga boleh digunakan untuk memasak dan untuk membuat air seperti milo, kopi, teh dan lain-lain supaya dapat meningkatkan baunya yang harum dan rasa yang sedap pada makanan dan minuman itu. Selain itu, air ini juga digunakan untuk menyiram pokok bunga untuk meningkatkan kesuburan dan kesegaran tanaman itu.



Neutral water | pH 7.0

Air ini bersih dan tiada klorin. Air ini sesuai digunakan untuk makan ubat dan juga untuk makanan bayi. 






Beauty Water | pH 4.0-6.0

Air ini digunakan untuk kecantikan kulit muka atau mana-mana kulit, penjagaan rambut, dan pembersihan haiwan. Ia membuatkan kulit nampak lebih cantik, segar dan mengurangkan kekusutan rambut.
This water is not for drinking.

Strong Acidic Water| pH 2.5

Air ini mampu membunuh kuman-kuman. Ia bertindak seperti antiseptic. Ia digunakan untuk merawat kulit luka, kulit gatal dan yang telah terkena jangkitan kuman. Air inilah yang digunakan di hospital di Negara Jepun untuk merawat pesakit-pesakit mereka yang mengalami luka luaran, kudis, bernanah dan lain-lain.


This water is not for drinking.



No comments:

Post a Comment

"Kangen Water is considered the very best drinking water because of its incomparable powers of hydration, detoxification and anti-oxidation"

~The Enzyme Factor page 159~