Sunday, May 3, 2015

Business Preview dan Demo


Pada 23 April 2015, Top UK Enagic 6A Team Leader, Mr. Peter Chapman telah membuat Business Presentation, penerangan dan Demo air. Info yang sangat bagus dan perkongsian hebat. Untuk yang mencari peluang perniagaan, sila hubungi saya. Telah terbukti 40 tahun di Jepun. Jangan lepaskan peluang hebat ini.

Kangen Water Demo By Mr. Peter Chapman




Kangen Water Demo English

Monday, February 23, 2015

Perbezaan Air

Perbezaan Air Paip, Air R.O, Air Botol, Air Alkali

Air diakui sebagai tenaga kehidupan untuk semua hidupan. Bayangkan sebuah dunia tanpa air. Tidak dapat dibayangkan kerana tanpa air tidak akan ada kita. Tidak ada yang boleh menggantikan air yang digunakan untuk minum, mandi dan lain-lain. Bercakap tentang air, adakah anda tahu ia terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk utama air? Air ini adalah:
-Air Paip
-Air Suling dan Reverse Osmosis (R.O)
-Air Botol (Termasuk Air Mineral)
-Air Alkali

Air Paip
Air yang digunakan oleh semua orang dan telah berkhidmat untuk kita selama beberapa abad. Ia telah dianggap sebagai sumber air yang utama di dalam dunia. Walau bagaimanapun, bergantung kepada bekalan air tempatan, air paip juga berbahaya kepada kesihatan kita disebabkan tahap klorin, bahan pencemar dan bahan-bahan kimia lain.

Air Suling dan Air Reverse Osmosis (R.O)
Perbezaan antara air ini dan air paip ialah air ini ditapis melalui rawatan khas bertujuan untuk mengeluarkan segala jenis kekotoran dan bakteria  yang air paip ada. Air yang dalam bentuk bersih seperti ini bukanlah jenis air yang sihat dan ia juga dikategorikan dalam jenis air berasid. Cara penapisan air ini juga telah menghapuskan semua zat-zat air untuk menjaga kebersihan air. Sesetengah produk-produk penapis air ini, ia tidak mampu menapis semua jenis bahan kimia yang ada dalam air paip seperti pesticides, herbicides dan klorin kerana molekul bahan kimia ini sangat kecil dan boleh melepasi penapis air itu.

Air Botol ( Termasuk Air Mineral)
Kemudahan air botol dan kepercayaan bahawa ia lebih bersih dari air paip selalunya disalah faham. Kebanyakan punca-punca air botol adalah air paip yang ditapis oleh reverse osmosis (R.O) kemudian dirawat dengan tambahan mineral tertentu untuk mengubah rasa atau untuk menunjukkan ia lebih memberi kesihatan. Tambahan mineral itu tidak memberi bukti yang kukuh untuk kebaikan kesihatan. Kebanyakan air ini mempunyai sifat asid dan sesetengahnya adalah sangat tercemar oleh bakteria dan kuman.

Air Alkali
Ini adalah air paip yang melalui proses elektrolisis dimana ia akan memisahkan ion air sama ada positif dan negatif. Kajian mengenai kebaikan air ini telah dijalankan di Negara Jepun. Ia mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit. Molekul air ini juga lebih kecil dan mudah untuk diserap ke dalam sel-sel badan. Walaupun terdapat ramai pengeluar yang berbeza, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar dari segi kualiti dan potensi air alkali yang dihasilkan.

Sunday, January 25, 2015

Return to Origin
Perkataan "Kan Gen" berasal dari bahasa Jepun yang membawa maksud kembali ke asal. Dalam hal ini, Kangen Water ini adalah daripada hasil kajian saintis-saintis dunia yang mengkaji tentang air berakali di mana mereka mendapati air yang mempunyai alkali yg tinggi dapat menghalang virus-virus seperti virus barah dari membiak. 
                                                                               





Kangen Water
Kangen Water adalah air minuman yang sihat yang kaya dengan mineral, bersih daripada kekotoran, dan di ionkan melalui proses elektrolisis. Air kangen adalah pilihan yang sangat baik untuk proses penghidratan yang sihat. Bukan sahaja ia sedap dan menyegarkan, tetapi ia juga membantu anda mengelakkan kekotoran dari air paip dan menjimatkan wang. Jika memerlukan air yang segar, jelas, dan tulen dengan rasa yang menyenangkan dan mempunyai mineral untuk kesihatan badan anda, menggunakan mesin alkali kangen water di rumah adalah penyelesaiannya.




"Kangen Water is considered the very best drinking water because of its incomparable powers of hydration, detoxification and anti-oxidation"

~The Enzyme Factor page 159~